Monday, December 17, 2012


Ok, lama juga nda update blog ni kan, harini semua ribut-ribut, di Facebook, Blog, Twitter pasal si Tsara Nabilla ni.

"Admin! siapa gia tu?"

Ahh, admin pun baru kenal, dia ni 'vloggers'. Vloggers tu macam bloggers juga, tapi dorang post video di Youtube, cakap pasal macam-macam isu.

Apa-apa pun, balik dengan cerita pasal si Tsara Nabilla ni, mungkin buat masa ni dia adalah orang yang paling banyak dikutuk di caci maki di Youtube.

Kenapa? boleh dikatakan 75% komen di setiap video dia adalah komen kutukan dan cacian, belum cakap pasal dislike lagi.

Admin try ndamau jadi Bias, jadi admin check it out sendiri salah satu video dia di Youtube.
Dalam video ni dia cakap pasal isu Remaja Zaman sekarang yang malar keluar sama gf/bf ataupun kawan-kawan dorang.

Dalam video ni dia berperanan sebagai 'Pakar Motivasi' yang memberikan nasihat menggunakan perkataan yang sungguh berilmu seperti 'Bodoh!' dan 'Takda Otak!'

Sekarang ni dia tengah mendapat perhatian media internet, semua cakap pasal dia, orang bilang, buli cakap trending la nama dia ni skrg.

Check it out Channel dia di Tsara Nabilla

*Entry ini dibuat atas dasar perkongsian ilmu, bukan untuk mengaibkan sesiapa

Saturday, October 13, 2012

Pengadil dimalukan di tengah padang!

Selamat malam semua, admin terjumpa video ni di youtube, bertajuk 'Cara terbaik lepaskan geram kat pengadil'.

Ni perlawanan bola sepak luar negara, nda pastilah pula apa masalah pemain dengan pengadil ni, tapi apa yang pasti cara pemain tu mau kasi malu pengadil tu sangat2 EPIK!

Tunggu pada saat ke 0:07
Pertama kali admin tingu video ni memang admin ketawa, tapi fikir2 balik, Lucu dan epik macamana pun, kesian pula kan dengan pengadil tu, dia cuma jalankan tugas dia, orang cari makan bro.

Apa2 pun harap2 ni nda jadi di Malaysia la, oraits.




Friday, October 12, 2012

Politicalgags Hentam Rosmah *Kuang3~

Selamat malam semua, Lama juga suda nda post sini, rasa kekok pula, apa2 pun, Hari ni admin mo buka topik pasal sebuah fanpage di facebook.

Memandangkan PRU13 mo dekat suda admin mo post pasal politik sikit.

Nama fanpage ni Politicalgags, motif fanpage ni ialah untuk memberi maklumat pasal politik melalui kaedah Komik Rage.

Admin fanpage ni sangat kreatif, admin tertarik dengan cara admin Fanpage tersebut menarik perhatian orang menggunakan kaedah komikal dalam menyampai maklumat.

Yang admin nda buli tahan bila dia post Komik Rage yang menghentam Rosmah dan barang2 kontroversi beliau, sakastik sekali...ahax...checkitdaut...






Hahaha lucu, keep it up Politicalgags, cekitdaut fanpage dorang di



Thursday, August 2, 2012

Ikan Paus di pantai Kuala Penyu

Satu ekor ikan paus yang mempunyai berat 10 tan ditemui terdampar di Pantai Kuala Penyu, Kalau tengok tu gambar memang besar la juga tu ikan paus. Tapi dorang bilang ini cuma anak ikan paus jak.

Naa kalau mama ikan paus yang terdampar macamana la besar dia tu arh? 

Dorang cakap anak ikan paus ni tersesat, pastu sampai dia di satu kawasan cetek dia terpaksa naik ke darat untuk mengelakkan diri daripada tersangkut di sana.

Mula2 penduduk tempatan cakap ikan ni masih hidup lagi, dan pihak bomba yang sampai cuba untuk menyiram anak paus tersebut untuk memastikan dia dapat bernafas.

Belum sempat lagi paus ni dialihkan di laut dalam semula, dilaporkan beberapa jam kemudian anak paus tersebut sudah mati, samaada atas faktor nda dapat bernafas, ataupun disebabkan sirip paus tersebut suda dipotong.



Haihh! nda habis2 pula sabah ni dikutuk, suda ada cerita PANAS!!shazmyir & Jeremyaaron89 Menghina orang sabah di youtube!! aritu tu ni ada lagi cerita baru pasal penghinaan buat orang2 sabah.

Admin ndatau apa yang dorang fikir, dorang ingat orang2 sabah ni budu betul ka? hahaha sory bro kali ni ko silap.

Admin jumpa screenshot ni di salah satu page sabahan, jadi dengan lincah dan kepantasan admin. Admin pun post la di sini, mo kasi nampak semua orang sabah kebodohan sesetengah rakyat malaysia ni. Sila baca screenshot di bawah.
Panas ka nda??hahaha panas telinga membaca oooo. Hahaha lain crita memandangkan waktu sahur ni admin banyak masa mau dibuang jadi admin pigi la search pasal dia ni, jadi Detektive Konan dulu sekejap hehe.


Search punya-punya search terus dapat jumpa la C Akmal Akmalisme ni, yang first2 provoke orang2 sabah ni.
Naaaaa kan CHECKMATE ko bro!! dapat tahu yang Bahalul ni study di UMS!! hahaha!! budu juga ko ne, suda ko pinjam negeri kami ni pigi belajar ko mo hina2 lagi negeri kami??nah ni balasan ko!

Hmm, UMS arh bro! apa ko buat sana? Kerja?Blajar? hahaha patut la ko cakap ko mo beli baldi mo bawa pi sabah! hahaha. Tulungla jangan kasi jatuh standart UMS, UMS tu salah sebuah universiti ternama di Malaysia! ada student atau staff macam kau buat Malu jak!! pui!!

Lagi satu statement dia di 'Serawak di bawah bayu' tu apa cer? memang teda sekolah ka atau memang original buduh??!! hahahaha.... 

Apa lagi ko cakap? kami pakai CAWAT??Muka kami macam TIMOR dengan AFRIKA?? hahaha mau betul admin tingu muka dia lepas dia baca entry admin ni! hahahaha.

Kepada Akmal lepas ni harap2 dia dapat hidup bahagia la di UMS tu, berani betul hina orang sabah, sedangkan di mo bepijak di negeri kita ni! Hahaha!

Jahanam.....


Kepada sabahan! sila sebar berita ni untuk jadi pengajaran kepada semua dan c AKMAL ni!

Apa-apa Pun jgn lupa like FB kami k, buli bah kan?haha thx :): 
Fanpage Blog Bah Ni


Wednesday, August 1, 2012

Hahaha ni cerita lawak, cerita pasal satu orang budak perempuan yang buat video pasal mau kasi tau satu dunia yang dia sakit mata dapat MC 5 hari. Macamana dia mau kasi tau satu dunia? di buat video upload di internet.

Sumber cakap yang dia mula-mula post video dia ni di youtube, tapi ada juga sumber yang cakap dia post video tu di facebook dia, sebab mungkin dia rasa dialah paling femes. 

Admin nda kisah sangat la kalau dia mau dapat perhatian ka apa ka, sebab kadang2 admin ni flexibel, kalau orang mau perhatian admin cuma sokong dia dengan kasi simpati jak la. 

Jadi admin cek it daut la video dia tu. Mau tau juga kenapa video dia tu tiba2 jadi viral di laman2 social kan?

Sekali tingu video tu 54 saat tu....aduiiii....sakit akal dan minda admin, kenapa? cek it daut la sendiri .

Admin rasa mata dia sama lesung pipit dia tu manis suda, tapi part monyet dengan itik tu admin nda berapa bekenan huhu. Apa-apa pun All the best la untuk adik ni k. Nanti 10 tahun akan datang tingu balik video ni.

p/s admin tiada niat mo mengutuk, entry dibuat di atasdasar perkongsian ilmu sahaja, sekian terima kasih.

Apa-apa Pun jgn lupa like FB kami k, buli bah kan?haha thx :): 
Fanpage Blog Bah Ni

Sunday, July 29, 2012

Ditipu Buta-Buta : Hilang RM500 di Facebook.

Haih! sedih pula ne crita tau, cerita pasal apa? cerita pasal kena tipu di facebook. Napa juga mau sedih2 ni kamu tanya? macamana juga nda sedih kalau duit Rm500 lebih hilang begitu jak.

Crita dia gini, 5 rakan sekerja petugas institu pengajian tinggi ni berpakat la mo beli baju kurung secara online di Facebook. Kamu taulah jugakan sekarang boutique2 online ni femes, kadang2 ada yang jual murah dari di luar. 

Tapi dalam banyak2 boutique online di facebook tu ada segelintir yang menipu. Suda dapat duit, orang bank in, lepas tu tutup page, dakwa seorang mangsa Nohasihida Mat Yazid, 26.

Jadi impian 5 rakan sekerja tadi ni pun hancur lebur, sudala nda dapat baju kurung, hilang duit lagi. Jadi kita ambil pengajaran la dari cerita ni jangan beli sembarangan jak kaji dulu sikit pasal penjual tu.

Sumber berita dan gambar : Kosmo

p/s : Dramatic juga gambar dorang tu arh, menampakkan penyesalan yang amat sangat.


Apa-apa Pun jgn lupa like FB kami k, buli bah kan?haha thx :): 
Fanpage Blog Bah Ni

Tuesday, July 24, 2012

10 Sikap Buruk Masyarakat Malaysia

Salam sabtu semua, pernahkah kamu terfikir sikap biadap rakyat Malaysia? admin pun nda pernah terfikir, tapi time-time surf facebook Layar Minda terjumpa la pula ni post yang ber tajuk 10 Sikap Biadap Malaysian. Mari kita cek it daut dulu 10 sikap biadap ni.
Hmmm, apa kata anda? setuju ka tidak? admin rasa yang buat ni bukan Malaysian, sbb semua fakta tu macam mengutuk Malaysia suda. Apa2 pun kepada yang mau2 melenting tu chil2 la kamu ambil ni sebagai pengajaran untuk semua...


Syafiq 16 dan Yana 14 Selamat bergelar Suami dan Isteri

Uisehh bukan calang2 ni crita, kontreversi juga la, cerita pasal dua orag remaja ni kawin di usia muda. Kawin muda pun buli jadi issue ka? admin ni palui betul!

Yala memang la muda kalau pengantin lelaki(Syafiq) umur 16 tahun yang perempuan(Yana) 14 tahun. Naaa muda ka nda tu? Orang bilang Pmr pun belum lepas terus2 mau kawin.

Bagi admin ok la 2, orang bilang kawin muda ne bagus, buli mengelak maksiat. Video kawin dorang ne dipost di you tube, banyak la orang komen2, haters ada supporters pun ada. 

Video ni dapat perhatian sbb jarang pula ada berita2 macam ni, hot tuuu, apa2 pun dorang dua ni suda bergelar suami dan isteri, kepada haters2 di luar tu buli la suda tutup mulut dan terima la hakikat, hidup dorang juga pun bukan hidup kamu hahaha.




Apa-apa Pun jgn lupa like FB kami k, buli bah kan?haha thx :): Fanpage Kami

Wednesday, July 18, 2012

Skuad bola sepak Sabah dihina di Facebook!!

Naaa Ni lagi satu ada cerita panass, napa pula panas di musim-musim hujan ni kamu tanya? Pasal cerita hot yang sekarang tengah tersebar di facebook laa. Cerita apa kunu? kenapa juga admin blog ni mau beteka teki ni? aku santit juga admin ni nanti, banyak betul tanya.

Lek kamu semua, sebelum kamu santit sepa-sepa, kita tingu dulu kenyataan admin sebuah Facebook Fanpage yang memakai nama Skuad Bola Sepak Malaysia ni. Fuhh panass!!
Nama facebook bukan calang-calang, orang bilang, wakil suara seluruh Peminat bola Malaysia ni. Tapi orang yang jadi admin?? Racist gila b*bi!! apa cerita??..

Walaupun Admin fanpage tu suda menyatakan yang dia suda minta maaf, tapi minta maaf pun nda ikhlas. Siap ada ayat2 lansi lagi. Kalau nda mau minta maaf ndapayala minta maaf, pui!! 

Admin rasa kita nda perlu la ada admin-admin facebook yang bersifat perkauman ni, bukan menyatukan rakyat memecah belahkan rakyat ada lah. Admin bukan la juga mau boikot terus menerus fanpage tu, diharap selepas kejadian ni janganla admin tu ulang lagi benda yang sama. Kalau nda SANTIT!! hahaha nda bah main2 jak. :D 


Sila share kepada sabahan yang lain, cerita racist begini perlu perhatian semua!


Mungkin mau juga kamu baca yang ni:
PANAS!!shazmyir & Jeremyaaron89 Menghina orang sabah di youtube!!

Apa-apa Pun jgn lupa like FB kami k, buli bah kan?haha thx :)
: Fanpage Kami

Sunday, July 15, 2012

Budak 'Pervert' di kedai bra!

Hahahaha ini memang sandi! video ni admin jumpa time surfing2 youtube, punya sandi ni orang, dia pigi kedai jual bra lepastu di begila di sana, triak-triak la, mengasi hambur barang bra tu la, orang yang tengah2 shopping pun bingung2 bah! hahaha gaya dia la ni paling sandi di dunia!! hahaha lucu eh, kamu cek kit daut la bah vid dia di bawah ni! haha.
Memang gila ne orang nda tau malu hahahaha tapi lucu ne bah, apa pendapat kamu?tinggalkan komen di bawah hehe.

Apa-apa Pun jgn lupa like FB kami k, buli bah kan?haha thx :)
: Fanpage Kami

Thursday, July 12, 2012

Stail Pakaian Rock 80'an Yang Melampau??

Hi salam jumaat semua, hari ni admin browse2 gambar facebook OnlineFM, pastu ternampak lah pula gambar ni,
Gambar ni diambil semasa Rockfest Marathon bulan lalu di Padang Merdeka, Sabah.

Mau cakap style, style la juga, tapi macam bikin kesian juga baju-baju dorang tu. Cuba tingu yang baju hitam di depan tu, yang rambut macam Hafiz awan nano tu. Baju ka lagi tu?macam baru kena rogol harimau jak admin tingu.

Yang sebelah dia tu pakai apa tu arh? macam baru lari dari penjara jak dia gitu, dengan yang paling depan tu, naaaa siap playang puting lagi....hahahaha.

Rock tu buli juga rock! admin pun sapot juga kalau ada yang masi sokong rock 80'an, semat baituu!!, tapi jangan la bah sampai pakai baju-baju yang begitu, bikin kesian ni bah. Sekilas pandang ada juga macam zombie.

Tingu gambar Search dulu tiada juga dorang pakai stail zombie tu.
Apa pendapat kamu? releventkah dorang jalan-jalan pakai baju begini? hahaha....

Apa-apa Pun jgn lupa like FB kami k, buli bah kan?haha thx :)
: Fanpage Kami

Monday, July 9, 2012

Pakai tudung ka??Euwwww gelilah!!!

Ehem, surfing-surfing intenet tiba-tiba pula jumpa gambar ni. Gambar apakan? gambar screenshot facebook. 

Gambar Komen-Komen Fb yang menyakitkan akal dan fikiran, macam cerita si Syamir tu juga la. Tapi ini di Facebook.

Tapi ni bukan pasal bangsa ka apa, ni pasal statement-statement pedas yang sesetengah budak-budak Mesia ni post di Facebook tanpa berfikir panjang. Pasal Apa? pasal issue pakai Tudung atau tidak.
Mo explain satu-satu pun admin nda tau dari mana mo start, kamu cek it daut la gambar screenshot tu :)

Bagi admin Kalau ada nda puas hati, lebih baik bediam diri jak la, jangan la post2 di Facebook ayat2 yang boleh buat orang rasa kecil hati ataupun sakit hati. Kalau nda sia-sia kena ceramah sampai checkmate.

Admin nda juga mau trip2 alim, mau jadi buyers untuk mana-mana pihak pun nda juga. Bagi admin issue ni bergantung kepada individu tu sendiri. Berkemungkinan dorang ni masih lagi sedar kepentingan tudung tu cuma mungkin tunggu masa untuk menunaikan tanggungjawab dorang sebagai wanita muslim, orang bilang sendiri mau ingat la.

bukan macam Pemimpin Perempuan Mesia ni, nda pandai sedar2 yang diri tu tua bangkak nda pandai insaf2 lagi!!TEEEEEETTTTT!!naa siapa tu????lari topik suda!!hahahaha...

P/s Sembarangan jak admin ambil gambar-orang, tapi cute kan tu ni cewek. nah admin kasi lagi hahahaha.
Apa-apa Pun jgn lupa like FB kami k, buli bah kan?haha thx :)
: Fanpage Kami

Sunday, July 8, 2012

Peminat Justin Bieber Yang Bodoh!!

Justin Bierber, sepa nda kenal? semua orang kenal dia, penyanyi budak separa matang tu yang femes dengan lagu Bayi(Baby) tu. Admin pun ndatau kenapa kebanyakan orang nda suka dia.

Kalau bab2 Justin Bieber ni admin neutral jak, of course la, kalau suda International Superstar peminat dia ni mestilah beribu-raban kan? sampai sanggup ada yang buat benda-benda buduh untuk tunjukkan dorang sayang JB tu. Hais...benda apa? bah kita cekit daut dulu ni ish gambal-gambal peminat-peminat JB yang Fanatik ni!
Naaa kan palui!! ada lagi buat tatu lirik lagu Bayi(Baby) dari justin bieber.

JB love kunu, ni kira-kira tatu juga la tapi teda duit punya tatu, tatu emo2.Ciss..

Nda banyak pun ada dua jak admin jumpa, mo search lagi malas la pula, kamu cek it daut la sendiri k :)

Mungkin juga kamu minat :

Jgn lupa like FB kami k, buli bah kan?haha thx :)
: Fanpage Kami

Apa barang dating naik motor??teda standart!!

Ai? tembirang la bah tu, kenapa?orang bawa moto ni semua teda standart ka? yalah, orang-orang yang bawa moto ni selalu kena cakap samsing jalanan la apa la. Tapi kalau mau pandang rendah seseorang sebab dorang bawa moto jak memang sadi la kalau gitu.

Jadi ko mau naik apa la kunu kalau orang bawa ko dating? Hummer? Bmw? Jangan terlampau riak dan takbur, sebab manatau nanti kau dijodohkan dengan orang yang bawa motor jak.

Sedih la bah orang-orang yang bawak motor tu dengar statement kau, senyum-senyum lagi kunu kau di gambar tu arh, kau ingat kau tu lawa sangat??nora danish ka kau?fasha sanda ka kau?hahaha jangan marah...

Apa-apa pun admin respect pandangan dia, walaupun admin nda setuju dia cakap macam tu.hoho.


Jgn lupa like FB kami k, buli bah kan?haha thx :)
: Fanpage Kami

Friday, July 6, 2012

Baru seminggu kawin isteri suda lari

Ish3 sedih la bah crita ni. Belum lagi sempat mo bahagia-bahagia, Inai masi lagi melekat di jari suami isteri suda lari.

Baru seminggu berkahwin, Mohd Isa Mohd Said, 51 suda kehilangan isterinya, yang dipercayai suda lari dari rumah. Siti Azlina Sulaiman, 31 disyaki lari dari rumah masa si suami tadi ni menghantar sms, tapi nda dijawabnya.

Ikut crita dia, teda pula tanda-tanda isteri dia mau kasi tinggal dia, begitu juga perakuan yang diberi dari ibu si isteri ni tadi, maimon 60-an.

Kenapa bah juga begitu tu? kesian la bah si suami, orang bilang, kalau nda suka dulu, cakap la awal-awal, jangan sampai suda kawin seminggu baru mau tukar fikiran. Ataupun ada sebab musabab kenapa si isteri lari. Apa-apa pun ambil la cerita ni sebagai pengajaran untuk semua.

Jgn lupa like FB kami k, buli bah kan?haha thx :)
: Fanpage Kami

Promosi 'Calsberg Ramadhan Sale'!!!

Ai gila2 suda, gara-gara mau promosi produk masing-masing, sanggup buat apa jak, Baru-baru ni ada keluar   crita promosi Beer di sebuah Supermarket di Sri Petaling.


Kalau promosi Beer biasa nda pa la, biasa jak, ni PROMOSI RAMADHAN SALES bah. Apa la kunu dorang mau cuba buktikan tu? Admin bukan jugak mau betrip bagus la, cakap itu nda buli buat, ini nda buli buat. Tapi nda ngam2lah dorang buat macam tu, kena-kena lagi time mau puasa ni.


Promosi macam tu, kompom-kompom la orang2 islam yang paminum ni semua tergugat iman mau minum beer. BAH! sebab murah kan? pesta ria la bah semua. pastu nda terpuasa, alasan?? kogut...
Gambar ni telah disebarkan pada 6 julai oleh Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam), bantahan dibuat selepas dorang nampak promosi-promosi tu di dalam supermarket tu.
Ramai saksi yang mengesahkan yang gambar ini tidak diedit dan ini adalah gambar asli.


Di bulan yang mulia ni jangan la kotorkan dengan anasir-anasir yang diharamkan. Kalau mau buat pun tunggu la bulan-bulan yang lain, buli juga satu dua set(men2 jak k) hahaha.


Jgn lupa like FB kami k, buli bah kan?haha thx :)
: Fanpage Kami

Thursday, July 5, 2012

Anak Perempuan beranak anak Bapa sendiri???

Salam Kepada semua pembaca, first of all (aisemeeen english2 sikit!!), ap suda mo jadi dengan dunia sekarang ne? macam2 cerita, cerita terbaru yang manarik perhatian admin sekarang pasal artikel ni, 

Seorang anak gadis mengandungkan anak BAPANYA SENDIRI!!! 0.o

Punyalah haram jadah berita macam tu, pastu dengan rasa bangga dan takbur lagi pegi heboh2 kan. 

Al kisah, anak gadis ne baru kematian ibu kandungnya, lepastu dia pun mengambil keputusan pergi ke Houston, Texas. untuk mencari bapa kandungnya, sesudah dua makhluk ne berjumpa pastu dorang fall in love with each other (aisemeeeenn lagi skali!!) dan tanpa merasa ikatan anak dan ayah mereka melakukan hubungan lakhnat itu dan terhasil baby mereka berdua merangkap adik kepada anak gadisnya itu!(-.-)

hmmmm, macam-macam dunia ni...

kalau kamu?ap kamu rasa??hmmm .... 



Jgn lupa like FB kami k, buli bah kan?haha thx :)
: Fanpage Kami