Wednesday, August 21, 2013


Tidak dinafikan rezeki Zizan semakin murah penglibatan dirinya dalam arena selebriti. Bagi yang tidak tahu, beliau sebenarnya telah membeli sebuah kereta baru iaitu Mitsubishi Evolution 10 pada 28 Mac 2012 di Mutiara Motors, Larkin, Johor Bharu. Namun kereta Mitsubishi Evolution 10 milik Zizan ini bukannya model yang biasa kerana ianya telah diubahsuai oleh M7. Harga kereta ini adalah sekitar RM280,000.















Seorang wanita terselamat daripada maut apabila kepalanya menembusi cermin kereta selepas mengalami kemalanganyang serius.

Memetik laporan The Sun, akibat ditembusi cermin kereta, muka wanita itu mengalami pendarahan yang amat serius.

Kejadian yang berlaku pada Rabu lalu apabila van yang dinaiki wanita itu melanggar belakang sebuah lori di Guizhou dalam Wilayah Guangxi, China.

Wanita tersebut yang tidak memakai tali pinggang keledar telah tercampak ke hadapan lalu kepalanya menghentam dan menembusi cermin van yang dinaikinya.

Pasukan penyelamat terpaksa menyelamatkan pemandu van tersebut yang tidak sedarkan diri.

Selepas menyelamatkan pemandu, pasukan penyelamat membesarkan lubang disekeliling tengkuk wanita itu untuk menariknya keluar.

Menurut doktor, wanita dan pemandu van tersebut berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: The Sun

Sunday, August 18, 2013

Tarbiah Islamik yang "Fail" dari seorang brader



Klu nak bagi dakwah atau nasihat janganlah bagi perkataan macam ni.. Out betullah...

Laporan asal Twitter @MZulkifli

"Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia."



Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini rasa bangga diri dengan kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak gambar dengan aksi posing yang lebih menggoda.




(gambar contoh)


Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan manja mereka di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks, miang, mata keranjang dan stalker di luar sana yang setiap hari menyelongkar blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook perempuan cantik, kemudian melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan nafsu mereka. Apabila mereka berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka akan 'save' ke dalam PC mereka untuk dilihat-lihat pada masa hadapan.

Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan rangsangan untuk *ber 'masturbasi'. Anda pasti tahu apa itu *'masturbasi', tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.

Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat.




Satu hari di sebuah pasar malam di Selangor. Seorang lelaki terlihat seorang perempuan Melayu bertudung sedang memakai baju sendat bersama seluar jeans sendat. Lalu terjadilah situasi ini.

Lelaki: Tutuplah aurat...(nada biasa, tanpa memandang)

Perempuan Sendat: (dengar tetapi buat-buat tidak dengar)

Lelaki: Pakai sendat-sendat itu berdosa..(nada biasa, tanpa memandang)

Perempuan Sendat: Mulut tu jaga ya..! Macamlah kau tu baik sangat !

Lelaki: Saya tak ada buat apa-apa pun..

Perempuan Sendat: Sebelum nak nasihat orang, check diri sendiri dulu. Macamlah kau tu baik sangat !

Lelaki: Saya hanya cakap "Tutuplah aurat...". Itu saje..

Perempuan Sendat: Kalau nak tegur orang, biarlah berhikmah sikit..

Lelaki: Hikmah..??

Perempuan Sendat: Lain kali nak nasihat orang. Nasihat depan depan..!!

Lelaki: Kak..kak sedar tak yang pakai baju sendat, jeans sendat tu HARAM..!

Perempuan Sendat: PANGGGG...(tangan kanan dihayun ke muka lelaki itu)

Lelaki: Apasal tampar saya ?? Tadi akak kata suruh tegur depan-depan..??

Sedarilah! Kesalahan Perempuan Bertudung..


Kesalahan Perempuan Bertudung


KESALAHAN PERTAMA : Tutup aurat itu adalah dengan memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kurung/kebaya terbelah kainnya, nampak betis.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bahagian-bahagian tubuh yang menggoda nafsu lelaki.






KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak bertudung di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, lalu terdedahlah atas dadanya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung dan memakai kain tetapi menaiki motor sambil menayangkan kedua-dua betisnya sepanjang jalan.

Awas: Trend Jubah Muslimah 'Telanjang'


 sumber: facebook / http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

Periksa diri anda, teman, dan orang d sekeliling anda.. Tegur!!

“Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!” Seorang perempuan menyumpah-nyumpah seorang lelaki. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu? Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah?

This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai fesyen sendat, ketat, singkat dan jarang. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there as well as for your safety, pakai la fesyen-fesyen yang lapang dan labuh sikit.

Aku tahu, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok, tetapi tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan juga mempunyai tanggungjawab dengan menjaga Aurat tubuh badan mereka dengan memakai fesyen yang sopan dan menutup aurat, barulah adil.

     

Isteri pakai sendat, suami tak tegur. Anak pakai sendat, ayah tak tegur. Adik pakai sendat, abang tak tegur. Awek pakai sendat, boyfren tak tegur, sebaliknya suka. Kawan pakai sendat, kawan satu lagi tak tegur. Nampak wanita pakai sendat tepi jalan, kita tak berani tegur.

Sebab itulah wanita-wanita sendat di Malaysia semakin ramai dan semakin degil! Sebab kita dan anda semua tidak menegur mereka dan hanya membiarkan.

Fesyen SENDAT Inspirasi MAKSIAT


Wanita Dengan Kuku Terpanjang di Dunia??

Seorang penyanyi rock, Chris 'The Dutchess Walton' disenaraikan dalam Guinness Book of World Records buat kali pertama sebagai individu yang memiliki kuku paling panjang di dunia.




Dia yang berusia 45 tahun memiliki kuku sepanjang 609.6 sentimeter (cm) di kedua-dua tangannya.


Walton yang merupakan ibu enam anak dan nenek kepada tiga cucu menyatakan dia mula menyimpan kuku tersebut 18 tahun lalu.

"Saya pasti pada satu hari nanti, saya akan memotongnya tetapi saya tidak terfikir mengenainya (untuk memotong kuku) kerana saya mahu memilikinya," kata wanita tersebut.

Walton menjalani rawatan kuku sekurang-kurangnya sekali sebulan.






Saturday, August 17, 2013

Akibat tidak menghormati sensitiviti Agama lain



KUALA LUMPUR – Taraf pemastautin tetap (PR) pemilik resort Kampung Sedili Besar di Kota Tinggi, Johor dilucutkan serta-merta ekoran sikap lelaki kelahiran Singapura itu yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini merupakan kali pertama kerajaan mengambil tindakan yang sebegitu tegas.
“Tindakan ini dibuat selepas kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat kajian mendalam terhadap pemilik resort itu, pasal taraf pemastautin tetap ini hanyalah satu kemudahan yang diberikan kerajaan Malaysia dan bukan satu bentuk keistimewaan,” kata beliau kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Persatuan Pengasih di sini semalam.
Pada 10 Ogos lalu, lelaki bernama Syed Ahmad Syed Salim Alkaff, 45, yang merupakan pemilik sebuah resort di Sedili Besar membenarkan surau di resort berkenaan digunakan untuk upacara keagamaan bagi sekumpulan penganut Buddha.

Lang ditemui penduduk di hutan

HANOI - VIETNAM
,Dua beranak ditemui selepas dilaporkan hilang ketika perang Vietnam 40 tahun lalu.
Media melaporkan, Ho Van Thanh, 82, dan anaknya Ho Van Lang, 41, ditemui di hutan di tengah Vietnam.

"Mereka ditemui dua lelaki ketika mereka sedang meneroka hutan. Dua beranak itu didakwa tinggal di rumah dalam kawasan hutan tebal," menurut laporan itu kepada MailOnline.

Pegawai puak Tay Tra, di wilayah Quang Ngai berkata, Thanh yang dalam keadaan uzur itu masih boleh bertutur dalam bahasa etnik Cor, manakala Lang hanya memahami beberapa perkataan sahaja.

"Kali terakhir mereka memasuki hutan ini pada 1973. Ketika itu mereka melarikan diri selepas tentera Amerika Syarikat mengebom rumahnya hingga mengorbankan isteri dan dua anak lelaki mereka," katanya.


Orang ramai memeriksa peralatan pertanian dibuat oleh lang pada masa mereka di dalam hutan

Hidup di sebuah kolong jambatan




KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di sini pasti tidak menyangka sebuah kolong di bawah jambatan yang mereka lalui di situ rupa-rupanya menjadi rumah kepada satu keluarga tiga beranak termasuk bayi mereka yang berusia setahun.

Bersama mereka ialah dua lelaki hidup yang turut merempat, Mohd. Hafiz Abdul Aziz, 30, dari Sepang dan Tan Chee Wah, 44, dari Serdang, Selangor.

Ketua keluarga itu, Hazmain Abdul Jalil, 28, membawa isterinya, Siti Faezah Abu Bakar, 27, dan anak perempuan mereka, Siti Norafida ke bawah jambatan itu sejak empat bulan lalu selepas dihalau dari sebuah rumah kosong yang sebelum itu menjadi tempat mereka berlindung.

Kawasan yang menjadi 'rumah' mereka itu tidak berdinding hanya dilapik dengan kayu sementara untuk mendapatkan bekalan air, mereka terpaksa mencuri air dari paip berdekatan

Rebus Telur Ayam Guna Air Kencing Budak??Euwww...

Di China memang terkenal dengan pelbagai keunikan dan kepelikan. Sanggupkah anda memakan telur yang di rebus menggunakan air kencing budak sekolah berusia lingkungan sepuluh tahun. Kononnya, berkhasiat dan mampu mengubati penyakit.



RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu.

BEIJING – Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.

“Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya,” katanya.

Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk.


Friday, August 16, 2013



Lahad Datu: “Tergamak menantu saya menyembelih anak sendiri sebelum menghirup darah yang memancut dari leher. Ini semua kerja syaitan,” kata Imam Nasir, 58, apabila melihat cucu lelaki kesayangannya berusia tujuh tahun disembelih bapa kandung di depan matanya dalam kejadian ngeri di Kampung Epil, Jalan Kastam Baru, kelmarin.

Wanita Putus Kepala Kerana Telefon Bimbit



lift


Shenzhen: Seorang wanita di daerah Luohu di Shenzhen putus kepala selepas dia teperangkap pada pintu lif yang mengheretnya turun sehingga sekurang-kurangnya tiga tingkat.

Mangsa dikatakan terlalu asyik dengan telefon bimbitnya hingga tidak menyedari lif itu rosak. Menurut laporan awal, kejadian berlaku di Menara Changhong di Jalan Woodcrest Hill.


SEGERA: Kanak-Kanak DIDERA Kejam Sedang Bertarung Nyawa Di ICU


IPOH
– Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dipercayai didera dengan dipukul dengan kejam oleh ibunya di Taman Wang, Menglembu, kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan pada petang Jumaat.
Beliau berkata terdapat kesan calar dan dipukul pada seluruh tubuh dan kepala kanak-kanak berkenaan.
“Dia kini di rawat di IVU. Siasatan berhubung perkara ini sedang dijalankan,” katanya. – Mstar.com.my

Pengikut Al-Arqam Adakan Majlis Berbaur Seks




Pengikut Al-Arqam Adakan Majlis Berbaur Seks



KUALA LUMPUR
– Pengikut Al-Arqam yang kini aktif semula atas nama Global Ikhwan mengadakan majlis berbaur seks dan mempengaruhi para isteri agar meninggalkan suami mereka yang tidak lagi bersama jemaah itu, dakwa Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi).

Presiden Srikandi, Norashikin Abd Ghani, berkata, Hatijah Aam atau Ummu Jah yang kini mengetuai jemaah tersebut pernah menganjurkan majlis di mana wanita yang menyertainya datang dengan hanya memakai baju tidur nipis semata-mata.

“Selepas sesi ceramah terdapat slot lucah termasuk goyang gerudi, kononnya untuk membangkitkan roh seks.” Ini adalah kesesatan yang jelas,”

dakwa Norashikin dalam satu sidang media khas di sini hari ini.
Srikandi adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan.

4


Pada 12 Ogos lalu, pertubuhan ini telah membuat laporan polis berkaitan isu salah laku serta cubaan menghidupkan semula ajaran sesat Al-Arqam oleh isteri pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad itu.
Al-Arqam telah difatwakan sebagai ajaran sesat di Malaysia pada 1994.

Sementara itu, menurut Norashikin, walaupun kumpulan ini sudah diharamkan namun masih ada pengikut yang meneruskan kegiatan itu dengan mempergunakan kanak-kanak dan berselindung di sebalik pertubuhan kebajikan.

" Mereka menubuhkan rumah anak yatim semata-mata mahu mengutip dana daripada orang ramai, malah terdapat sekolah ‘khas’ bagi melatih kanak-kanak ini sebagai pengemis.”

 Malah, mengikut sumber daripada bekas pengikut kumpulan terbabit, mereka mengakui terdapat 20,000 lagi pengikut tegar yang masih bergerak secara aktif dengan memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan dana.

” Tambahan pula ada beberapa rumah anak yatim di bawah seliaan kumpulan ini mampu mengutip sumbangan RM4 juta sepanjang Ramadan,” katanya ketika ketika ditemui pada sidang media memorandum berhubung isu mengembangkan semula ajaran sesat berkenaan.

Memorandum yang akan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara lain meminta penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Agama Islam Malaysia bagi mengambil tindakan terhadap Ummu Jah dan pengikutnya. – Rem Ramzi


Selepas bercuti selama beberapa hari untuk menyambut Aidilfitri, kini ramai pulang ke rumah masing-masing untuk kembali menunaikan rutin kehidupan seharian termasuklah amanah bekerja.

Berhari raya sambil bercuti adalah suatu bentuk rehat. Kalaupun tidak memberikan rehat fizikal kerana letih melayan tetamu atau penat memandu, ia memberikan rehat minda daripada memikirkan urusan kerja seharian buat seketika.

Bagi pekerja, rehat ini sangat diperlukan kerana minda juga memerlukan rehat untuk kekal sihat. Cuma selepas agak lama berehat dan berada dalam suasana riang bersama keluarga serta sanak saudara, mengembalikan semangat dan keceriaan bekerja seperti biasa memerlukan sedikit masa.

Seminggu dua ini, suasana dan perbualan di tempat kerja juga masih berkaitan sambutan hari raya, apatah lagi budaya menyambutnya di negara kita sepanjang Syawal. Hal ini walaupun menjadi suatu lumrah, perlu beringat agar ia tidak sampai menjejaskan tanggungjawab serta perkhidmatan berkualiti dan merugikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran”. (Surah al-Asr, ayat satu hingga tiga)

Justeru, pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengembalikan semangat bekerja selepas berhari raya. Antaranya mengembalikan dulu tumpuan minda terhadap kerja. Jika sebelum hari raya, tumpuannya kepada persiapan hari raya, begitulah juga apabila kembali bekerja.

Ia boleh dilakukan dengan mengambil beberapa langkah awal yang mudah iaitu dengan menyemak dan menyenaraikan tugasan yang perlu diselesaikan segera mengikut keutamaan.
Memastikan diri benar-benar memahami arahan kerja yang diberikan, menentukan kaedah dan strategi yang betul untuk melaksanakannya, mengenal pasti rakan atau pasukan kerja dan menentukan jadual pertemuan atau perbincangan gerak kerja.

Kerjasama dengan rakan

Usaha ini akan berjaya direalisasikan sekiranya diusahakan secara kolektif. Kerjasama dan interaksi kolektif dengan rakan sekerja amat berkesan untuk mengembalikan semangat bekerja, selain memastikan tugasan dapat disiapkan dengan lebih cepat dan efektif.

Sabda Rasulullah SAW: “Orang Mukmin dengan mukmin yang lain seperti binaan yang menguatkan antara satu dengan yang lain.” (Riwayat Muslim)

Langkah ini bukan saja menjadi proses kerja tetapi proses untuk mengembalikan tumpuan dan semangat bekerja.

Selain daripada usaha mengembalikan tumpuan minda, pekerja juga perlu mengembalikan tumpuan hatinya kepada kerja supaya ia dapat dilaksanakan dengan sepenuh hati. Sepenuh hati bukan saja bermaksud dengan bersungguh-sungguh tetapi juga dengan kerelaan dan kemahuan sendiri, baik, jujur lagi bersih hatinya.

Tetapkan niat

Menurut Imam al-Ghazali, hati itu ibarat raja yang menggerakkan tenteranya iaitu seluruh anggota. Tumpuan hati boleh diusahakan dengan meletakkan niat yang baik serta tekad yang kuat pada setiap masa.

Setiap amalan umat Islam dinilai daripada hatinya, sebagai mana sabda Rasulullah SAW daripada Saidina Umar bin al-Khattab bahawa sesungguhnya setiap amalan itu terletak pada niatnya dan setiap individu itu akan mendapat apa yang diniatkan.

Justeru, kita mesti memperbanyakkan zikir atau mengingati Allah SWT dengan melafazkan kalimah bismillah, tahmid, takbir, tahlil, berselawat, membaca ayat al-Quran, berdoa dan mengerjakan solat.

Semua ini ibarat vitamin bagi hati dalam memberi kekuatan untuk memohon pertolongan supaya segala urusan dipermudahkan dan melindunginya daripada godaan syaitan dan nafsu yang cenderung kepada sifat malas.

Tetapi, jika minda belum fokus dan hati masih liat untuk menyempurnakan tugas, ingatkanlah diri mengenai madrasah Ramadan yang dilalui. Nilai sejauh mana ia berkesan membentuk peribadi hebat di tempat kerja kerana sepatutnya, minda dan hati yang dilatih beribadah di bulan Ramadan diikuti kesyukuran Aidilfitri, lebih mudah dibangunkan dan cenderung kepada apa juga bentuk kebaikan.

Muhasabah ini akan menambah suntikan semangat bagi menyempurnakan amanah kerja.

Semua tindakan dinilai

Dalam Islam, apa juga yang diusahakan sama ada dengan tindakan fizikal, tumpuan minda dan hati yang baik, benar serta betul, semuanya dinilai oleh Allah SWT sebagai amal soleh. Walaupun kecil, ringan dan mudah, ia bukan sesuatu yang remeh atau sia-sia di sisi-Nya.

Malah, pekerja itu pula berakhlak mulia. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.” (Surah al-Kahfi, ayat 30)


p/s tetapkan hati, luruskan niat dan bekerjalah dengan rasa penuh tanggungjawab didada. InsyaAllah..
Meraung di sisi mayat kakak, Wanita 21 Tahun Kepala Pecah & Otak Bersepah Di Jalan Lok Kawi!
SEORANG pemuda menangis di sisi mayat Samsidar (gambar kecil) yang maut dalam nahas

PENAMPANG - Seorang wanita menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya pecah dengan otaknya bersepai di atas jalan selepas digilis sebuah lori kontena dalam kemalangan di Jalan Lok Kawi berdekatan simpang lampu isyarat Sabindo di sini semalam.

Kemalangan pukul 11 pagi itu mengakibatkan Samsidar Samarudin, 21, dari Kampung Andus, Papar meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, kejadian berlaku apabila mangsa membonceng motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang adik lelakinya dalam perjalanan dari Papar ke pusat bandar.

"Sebaik ingin memasuki jalan besar dari satu susur, motosikal yang mereka naiki telah bergesel dengan sebuah lori kontena menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya.

"Kepala mangsa kemudian digilis oleh tayar belakang lori berkenaan manakala adiknya tidak mengalami kecederaan," katanya di sini semalam.

p/s Bertimbang rasalah sesama pengguna jalanraya terutamanya kepada penunggang motorsikal. 


km263


KULIM – Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ia berlaku ‘selain daripada’ itu?

Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.

Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan mautantaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.

Anggap kawasan puaka

KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.

Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.

Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu ‘inginkan’ mangsa.

“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

“Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.

“Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.

Makhluk halus merangkak

Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.

Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.

“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.

“Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.


Masih jadi tanda tanya

Kira-kira jam 4 pagi semalam 21/5/13, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.

Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.

Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.

Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.

Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.

Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu.


km206

Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian. – Sinar Harian



p/s Pengajarannya jika kita nampak samting yang pelik dalam perjalanan janganlah hiraukan atau lagi teringin nak check it out bnda tu klu xnak samting bad happen dgn anda.. Nauzubillah..

Thursday, August 15, 2013

Dengan usia semakin meningkat, hubungan suami isteri pelakon Zizie Ezette dan Datuk Bung Mokhtar semakin romantik pula. Sebelum ini, Zizie pernah berkongsi beberapa keping gambar suaminya sedang asyik bermain permainan Candy Crush Saga di restoran sehingga aksi manja isteri di sisinya pun tidak dihiraukan.



Terbaru, Zizie sekali lagi berkongsi sekeping gambar nakal dia dan suaminya dalam kereta menerusi laman Instagram. Mereka berdua dilihat cuba meniru gaya duckfacenamun sebahagian gaya yang ditunjukkan oleh Datuk Bung Mokhtar failed serta amat melucukan.

Korang boleh perhatikan gambar di bawah. Bagi admin, Zizie Ezette semakin comel dan cantik dari hari ke hari. Raut wajahnya pula putih melepak mengalahkan anak dara.





p/s Agaknya, apa rahsia utama mereka berdua untuk mengekalkan hubungan seromantik itu? Memang hebat jagaan Datuk Bung Mokhtar ni kan.. Perghh!!

Suami Belasah Isteri akhirnya Serah Diri!!



Pegawai veterinar yang membelasah isterinya dalam lif sebuah hospital swasta Bandar Perda dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Isnin lalu, akhirnya menyerah diri di Balai Polis Kuantan petang khamis. Suspek berusia 36 tahun itu menyerah diri kira-kira jam 4.30 petang selepas menyedari perbuatannya itu tersebar luas menerusi laman sosial dan media.




Suspek menyerah diri di Balai Polis Kuantan, semalam. - Foto Luqman Hakim Zubir

Difahamkan, suspek mengaku memukul isterinya dan mendakwa serangan terbabit berpunca daripada provokasi isterinya, selain mengalami tekanan perasaan.Suspek yang bertugas dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Daerah Jerantut itu, dikatakan dalam proses perceraian dengan isteri pertamanya. Dia juga sudah berkahwin dengan kakitangan sebuah agensi kerajaan di Jerantut sejak 2011.

P/S kalau pun dah kawin baru janganlah yang lama tu di seksa. Hidup senang sampai dapat kahwin lagi satu mungkin disebabkan isteri lama. Hargai dan sayangilah walaupun dah ada yang baru.. ingat pengorbanannya sebelum ini..