Wednesday, August 21, 2013


Tidak dinafikan rezeki Zizan semakin murah penglibatan dirinya dalam arena selebriti. Bagi yang tidak tahu, beliau sebenarnya telah membeli sebuah kereta baru iaitu Mitsubishi Evolution 10 pada 28 Mac 2012 di Mutiara Motors, Larkin, Johor Bharu. Namun kereta Mitsubishi Evolution 10 milik Zizan ini bukannya model yang biasa kerana ianya telah diubahsuai oleh M7. Harga kereta ini adalah sekitar RM280,000.















Seorang wanita terselamat daripada maut apabila kepalanya menembusi cermin kereta selepas mengalami kemalanganyang serius.

Memetik laporan The Sun, akibat ditembusi cermin kereta, muka wanita itu mengalami pendarahan yang amat serius.

Kejadian yang berlaku pada Rabu lalu apabila van yang dinaiki wanita itu melanggar belakang sebuah lori di Guizhou dalam Wilayah Guangxi, China.

Wanita tersebut yang tidak memakai tali pinggang keledar telah tercampak ke hadapan lalu kepalanya menghentam dan menembusi cermin van yang dinaikinya.

Pasukan penyelamat terpaksa menyelamatkan pemandu van tersebut yang tidak sedarkan diri.

Selepas menyelamatkan pemandu, pasukan penyelamat membesarkan lubang disekeliling tengkuk wanita itu untuk menariknya keluar.

Menurut doktor, wanita dan pemandu van tersebut berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: The Sun

Sunday, August 18, 2013

Tarbiah Islamik yang "Fail" dari seorang brader



Klu nak bagi dakwah atau nasihat janganlah bagi perkataan macam ni.. Out betullah...

Laporan asal Twitter @MZulkifli

"Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia."



Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini rasa bangga diri dengan kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak gambar dengan aksi posing yang lebih menggoda.




(gambar contoh)


Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan manja mereka di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks, miang, mata keranjang dan stalker di luar sana yang setiap hari menyelongkar blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook perempuan cantik, kemudian melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan nafsu mereka. Apabila mereka berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka akan 'save' ke dalam PC mereka untuk dilihat-lihat pada masa hadapan.

Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan rangsangan untuk *ber 'masturbasi'. Anda pasti tahu apa itu *'masturbasi', tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.

Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat.




Satu hari di sebuah pasar malam di Selangor. Seorang lelaki terlihat seorang perempuan Melayu bertudung sedang memakai baju sendat bersama seluar jeans sendat. Lalu terjadilah situasi ini.

Lelaki: Tutuplah aurat...(nada biasa, tanpa memandang)

Perempuan Sendat: (dengar tetapi buat-buat tidak dengar)

Lelaki: Pakai sendat-sendat itu berdosa..(nada biasa, tanpa memandang)

Perempuan Sendat: Mulut tu jaga ya..! Macamlah kau tu baik sangat !

Lelaki: Saya tak ada buat apa-apa pun..

Perempuan Sendat: Sebelum nak nasihat orang, check diri sendiri dulu. Macamlah kau tu baik sangat !

Lelaki: Saya hanya cakap "Tutuplah aurat...". Itu saje..

Perempuan Sendat: Kalau nak tegur orang, biarlah berhikmah sikit..

Lelaki: Hikmah..??

Perempuan Sendat: Lain kali nak nasihat orang. Nasihat depan depan..!!

Lelaki: Kak..kak sedar tak yang pakai baju sendat, jeans sendat tu HARAM..!

Perempuan Sendat: PANGGGG...(tangan kanan dihayun ke muka lelaki itu)

Lelaki: Apasal tampar saya ?? Tadi akak kata suruh tegur depan-depan..??

Sedarilah! Kesalahan Perempuan Bertudung..


Kesalahan Perempuan Bertudung


KESALAHAN PERTAMA : Tutup aurat itu adalah dengan memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kurung/kebaya terbelah kainnya, nampak betis.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bahagian-bahagian tubuh yang menggoda nafsu lelaki.






KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak bertudung di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, lalu terdedahlah atas dadanya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung dan memakai kain tetapi menaiki motor sambil menayangkan kedua-dua betisnya sepanjang jalan.