Thursday, August 15, 2013

Suami Belasah Isteri akhirnya Serah Diri!!



Pegawai veterinar yang membelasah isterinya dalam lif sebuah hospital swasta Bandar Perda dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Isnin lalu, akhirnya menyerah diri di Balai Polis Kuantan petang khamis. Suspek berusia 36 tahun itu menyerah diri kira-kira jam 4.30 petang selepas menyedari perbuatannya itu tersebar luas menerusi laman sosial dan media.




Suspek menyerah diri di Balai Polis Kuantan, semalam. - Foto Luqman Hakim Zubir

Difahamkan, suspek mengaku memukul isterinya dan mendakwa serangan terbabit berpunca daripada provokasi isterinya, selain mengalami tekanan perasaan.Suspek yang bertugas dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Daerah Jerantut itu, dikatakan dalam proses perceraian dengan isteri pertamanya. Dia juga sudah berkahwin dengan kakitangan sebuah agensi kerajaan di Jerantut sejak 2011.

P/S kalau pun dah kawin baru janganlah yang lama tu di seksa. Hidup senang sampai dapat kahwin lagi satu mungkin disebabkan isteri lama. Hargai dan sayangilah walaupun dah ada yang baru.. ingat pengorbanannya sebelum ini..


0 comments:

Post a Comment

kumin-kumin dulu bha :)